Bismillah, wassalam’alaik~
Mencari mutiara pembersih jiwa,
Membawa aku kepada pencinta-Nya.
Pedih mengakui kesilapan sendiri,
Jangan sampai membakar diri.
Tunduklah kamu wahai diri,
Kepada Pencipta yg Maha Tinggi.
Tegur-Nya kasih,
Agar kembali bersih.
Perit melihat fakta yg tersingkap,
Mengetuk dinding egonya sikap.
Sambil cuba mencari dalih,
Akhirnya solusi yg kupilih.
Cukuplah wahai diri,
Berhenti meninggi diri,
Segala dalih yg kau beri,
Hanya menipu diri sendiri,
Sedang yg lain tegak berdiri,
Gagah meraih cinta Ilahi,
Kemana lagi kau mahu pergi.
Jika bahagia yg sedang kau cari,
Akuilah kesilapan diri,
Sambil mengintai solusi, perbaiki hati,
Hati yg mengawal setiap geri,
Dalam kehidupan yg kau lalui.
Tepis sahaja segala hasutan,
Jadikan istighfar sebagai peneman,
Mujahadahlah
dikau meneguh iman,
Agar hidupmu terusan aman.
Lembutlah wahai hati,
Menyisip tarbiah ini,
Tunduklah wahai diri,
Kepada Pencipta insani.
Syukurilah ya ruhhi,
Jangan kau berpaling lagi,
Teguhkan dirimu dijalan ini,
Tetaplah kamu kerna Ilahi,
Sungguh ia tidak rugi,
Jangan pernah kau sangsi,
Kerna janji Allah itu pasti.
Tunduklah wahai diri,
Hanya kerana Ilahi.
Sungguh, Dia Maha Mengetahui,
Lagi Maha Pengasihani,
Dia juga Maha Mengampuni!
Maka rebutlah peluang ini,
Selagi ia masih diberi.
-10th January 2013-
o Untuk muhasabah diri samada kita insan yang baik atau sebaliknya
ialah dengan menilai rasa hati terhadap insan di sekeliling...
Jika banyak sangka baik, insyaAllah... mudah-mudahan kita baik.
Jika sebaliknya, berhati-hatilah... yang kita lihat itu, itulah diri
kita.
Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik,
manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka
buruk!
Wallahua'lam [july 3rd ust pahrol]
o katakan kepada keegoanmu... 'kau'
bukan aku! [july 10th ust pahrol]
o Keegoan seseorang seringkali mencabar keegoan seseorang yang lain...
Justeru, apabila kita sering tercabar dengan keegoan orang lain,
berhati-hatilah... kerana itu mungkin bayangan
keegoan diri kita sendiri! [sept 22nd ust pahrol]
o Bukan dengan kekuatan diri kita... tetapi dengan bantuan Allah.
Gunakanlah segala kekuatan kita untuk mendapat bantuan Allah.
Tetapi jangan lupa berdoa kepada Allah untuk membantu kita meraih
bantuanNya.
Kekuatan kita, hanya dengan mengaku lemah di
hadapan Allah.
Dengan kelemahan itulah kita akan diberi kekuatan oleh Allah untuk
mendapat bantuanNya.
Hakikatnya, kita mesti dibantu untuk mendapat bantuanNya.
Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun
sekelip mata! Amin. [august 3rd ust pahrol]
o Yang paling wajar kita maafkan
ialah... DIRI sendiri.
Maafkanlah dirimu, berilah harapan kepadanya.
Bersangka baiklah pada diri sendiri atas kemampuannya untuk berubah.
InsyaAllah, Allah mengikut sangka
hambaNYa...
termasuk sangkanya terhadap
dirinya sendiri. Amin. [june 19th ust pahrol]
o Kerinduan untuk mendapat keampunan Allah memudahkan kita memaafkan
kesalahan sesama manusia.
Ingat kepada mati akan memadamkan godaan untuk melakukan dosa.
Menyedari keaiban diri akan menahan lidah dan hati daripada mengeji
orang lain. [june 5th ust pahrol]
o Kemarahan kita terhadap orang lain lebih 'membakar' diri sendri
berbanding orang yang kita marahkan.
Oleh itu, penting sekali untuk kita memaafkan kerana ia akan memberi ketenangan pada diri kita sendiri
sebelum ketenangan itu dinikmati oleh orang yang kita maafkan.
Memaafkan kekadang lebih sukar daripada meminta maaf
terutamanya apabila kita berkuasa dan berpeluang untuk membalas! [may 4th ust pahrol]
o Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana yang kita
kehendaki
jika diri kita sendiri tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.
Sukarnya mendidik diri seharusnya menimbulkan sabar dalam mendidik orang lain. [april 24th ust pahrol]
o Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, tidak Allah takdirkan tanpa
tujuan.
Carilah apa tujuan itu... InsyaAllah, hidup kita akan sentiasa
bertujuan.
Capailah tujuan itu kerana disitulah letaknya kejayaan dan kebahagiaan
kita.
Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan.
Allah mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini.
Tujuannya?
Untuk kita menjadi lebih baik... sebagai hamba
Allah dan Khalifah! [march 16th ust pahrol]
Teori vs aplikasi,
Kuatlah wahai diri,
Kerna Ilahi.
بسم الله الرحمن
الرحيم
الله الله
الله اكبر
No comments:
Post a Comment