Sunday, December 2, 2012

people change

bismillah wassalam'alaik~

ahlan wa sahlan wa marhaban bikum,

"things change so do people"

... إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم ...
"..., Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves, ..."
[Ar-Ra'd:11]

dalam kehidupan seorang insan,
pasti ada turun naiknya,
siapa yang menghisab dirinya, yang menghitung amalnya, yang rasional dalam menimbang situasinya,
pasti kan ketemu jawabnya walau apa jua yang menjengah segenap ruang kehidupan mereka,
tiada yang mustahil, Allah sentiasa membantu mereka yang membantu di jalan Allah,
dan skop membantu dijalan Allah itu sangat lah luas,
mencakupi segala aspek,
tidak perlu kau ragu,
janji perkara itu membawa kepada kebaikan,
apatah lagi jika ia juga membantu menghilangkan keburukan
pasti kau ketemu jawabnya.

bersabarlah dan teruskan berfikir sambil berzikir mengingati Allah.

telah lama ku biar diri ini mencari hala sendiri,
berfikir dengan berkongsi rasa saat sendiri tidak terdaya,
namun sesetengah perkara masih perlu sendiri urusi,
lalu pelbagai cara ku cuba,
bagi merungkainya,

kata-kata mereka tetap ku pegang,
menjadi rujukan,
sambil rasional menimbang,

berhenti sebentar pencarian,
tarbiyah diri diperlukan,
lalu dahaga ini ku lenyapkan,
dengan bait pentarbiyah yang tenang dalam tarbiyahnya,
cocok dengan diri ini,
sedari dulu memang kalamnya buat daku berfikir dan berzikir,
tiada nada paksa, penyampaiannya lembut menyentuh hati,
menyapa iman, mengurus akal.

lama juga diri ini terpisah dari tarbiyah itu,
tarbiyah yang turut membantu tika mula bertatih memperbaiki diri,
maka tarbiyah itu jugalah yang ku cari kembali,
melegakan dahaga tarbiyah hati,
ingin ku kongsi disini
moga kau juga turut merasai manis tarbiyah diri,

"people change"
yup people do change,
and every single person has their own reason to change
however, only the change for the sake of Allah will last forever

perkara yang menggerakkan kita untuk berubah mungkin berbeza,
namun hanya kita yang boleh menentukan sejauh mana perubahan itu akan membawa kita,
ke realiti kah? atau fantasi?
lihat kembali kemana tuju kita?
tuju nya kekal kah atau boleh berubah?
jika tujunya manusia, sudah tentu manusia itu berubah-ubah sifatnya,
maka bolehkah kita kekal dengan perubahan kita jika manusia yang kita tuju itu tiba-tiba berubah?
pasti sukar untuk kita consistent dengan perubahan kita,
unless we change our aim, to seek the pleasure of Allah,
terima kasih buat insan yang menggerakkan kita,
dan ingat, Allah yang membantu kita melalui insan itu,
Allah kekal,
maka dengan izin-Nya, perubahan kita ke arah kebaikan berkekalan, insha Allah.

suka saya petik kata-kata sang pentarbiyah jiwa,

"kita yakin Tuhan tidak menzalimi kita. tetapi Tuhan sedang dan sentiasa mendidik kita. Kita usaha jadi orang yang baik, insha Allah orang yang baik-baik akan menjadi pendamping kita. Nak jadi baik susah, nak dapat yang baik pun susah, perlu diuji."

kata beliau lagi,

"Jaga Allah, nanti Allah jaga kita."

dan berdoalah,

"ya Allah, berikan cintaMu kepadaku, dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMu, dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada cintaMu, ameen."

that's all for now,
syukran jazilan lakum,
wassalam'alaik~

No comments: