Friday, August 19, 2011

=) [sincere smile]



bismillah~~
wassalam'alaik~ =)


kelmarin..
ia dtg menjenguk..
buaian rindu jua berpuput..
menggamit seribu satu erti..
yg pasti sukar namun tetap digagahi..

dalam duka ada tenangnya..
yg keruh pergi..yg jernih kembali..

sedang impinya ceritera dunia..
warna-warni bersimpul padu..
turun naik putarannya..
menjadi rona kehidupan kita

seringkali yg perit itu direnungi..
namun pabila bahagia menjengah..
hilanglah ia ditiup sang bayu..
lena dibuai nyanyian ombak..
sambil bayu meniup lembut..
pepohon turut menari gembira..
hati yg resah kembali tenang..
yg kusut mula bersusun

kelmarin..
rasa itu pergi..
fikiran itu pudar..
lenyap ditelan sang waktu..
justeru tika ia diseru kembali..
dikit-dikit ia bersatu..

sedang penyatuannya ditimpa pelbagai dugaan..
tetap ia kukuh sementelah itu..

namun cerita itu kelmarin dulu..
menjadi pedoman dikala ini..
genggaman yg kian terungkai..
melepaskan ia berlalu pergi..

=)
wslm'alaik~~ =)

No comments: