Wednesday, January 1, 2014

jaga dirimu

bismillah wassalam'alaik

it's da 1st january of 2014 :)
smoga menjadi hari yg lebih baik drpd yg sebelumnye sbg permulaan tahun masihi yg baru
smoga terus termotivasi untuk menjadi yg terbaik utk setiap hari-hari baru yg menjelang tiba

wahai diri yg selalu alpa
jagalah dirimu sebagai hak-Nya
walau apa yang kau mahu lebih manis rasanya
tapi apa yg Dia tentu lebih kekal indahnya

wahai diri yg terlalu leka
dunia ini hanya sementara
apa yg kau hajat tak sentiasa kau dapat
apa yg kau cinta belum tentu kau punya
jagalah dirimu yg ternyata hak-Nya

wahai diri yg cinta dunia
perlu kau ingat akhirat sentiasa ada
agama garisnya untuk kau terus bahagia
jaga agamamu agar bahagiamu ke syurga

wahai diri
beringatlah
dunia bukan semuanya
dunia hanya persinggahan sementara
apa yang kau cuba gapai darinya
adalah hak-Nya sepenuhnya
jadi beringatlah dalam setiap keinginanmu wahai diri
Dia sentiasa memerhati
jangan hanyutmu sampai dimurkai
berbaliklah pada realiti
kau adalah sebahgian daripada khalifah-Nya dibumi

wahai diri yg berangan tinggi
sayangmu pada diri sendiri
biarlah melaut kasihmu pada yg lain
dalam menjaga dirimu sendiri
kamu juga memelihara mereka yg kamu kasihi
agamamu hadir memelihara dirimu
pantas sekali kamu jua turut memelihara agamamu
hanya dengan itu dirimu benar-benar terpelihara

indah tersusun peliharaan-Nya terhadap hak-Nya
kasih-Nya luas semesta buana
sayang-Nya tulus melangit tinggi
lembut-Nya menyapa hati-hati kecil insani
santunnya Dia melayani setiap detik dan geri khalifah dibumi

kita Dia punya
tapi kita dipelihara-Nya
kita sering lupa
bahwa kita hamba-Nya
tapi Dia tetap bagi kita segalanya
kita lupa agama yang Dia beri sebagai panduan hidup insani
sebenarnya itulah yang memelihara kita didunia fana ini

sering mengejar manis gula-gula 
yang sedapnya diakui kepala
tapi ia sementara cuma
terlupa manis agama
walau kadang-kadang tak dapat dibaca
sebenarnya ada dan sentiasa
hingga ke Syurga-Nya
yang tak siapa dapat beri kecuali Dia
bahgia yg nyata dan tiada penghujungnya...

wahai diri
jagalah dirimu
ikutilah garis agamamu
kerna Dia lebih tahu
apa yang terbaik untukmu

kamu hak Dia
tapi sayang-Nya padamu, lebih daripada apa yang kamu tahu :)